Bismillah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Setinggi tinggi penghargaan dan kesyukuran aku panjatkan padaMu Ya Allah!
Akhirnya hari yang ditunggu tunggu oleh kami sekeluarga tibaa . . hari pemergian abang tersayang utk UMRAH! Entah kenapa, ade sedikit terselit kesedihan di hati namun aku gagahkan diri. Aku tidak tidur semalaman kerana bimbang bangun lewat utk bersiap sedia. Tepat 3.30 pagi aku mengejutkan semua untuk bersiap sedia berangkat ke bandara.
Kali ini mudah saja untuk membangunkan abang untuk bersiap. Aku meminta dia mandi dan segera bersiap segala barang dan perkakasnya. Secara perlahan lahan aku membantu abang mengemaskan barang barang yang tinggal. Sepanjang itu juga abang agak pendiam jika dibandingkan yang sebenarnya. Merasakan sayu mungkin, aku pun terus membantu abang mengemaskan beg pakaiannya.
Lebih kurang jam 4.30 pagi, kami bertolak dari rumah dan aku sempat melelapkan mata sebentar menghilangkan sedikit rasa mengantuk yang sudah mulai merasuk mata dan kepala ku. Setelah satu jam perjalanan kami pun sampai di bandara. Setelah selesai bersarapan dan solat subuh, abang dan seorang lagi sahabatnya, Annas namanya ;) diminta berkumpul untuk mendengarkan sedikit taklimat berkenaan perjalanan umrahnya. Aku melihat majoriti ahli umrah yang pergi terdiri dari warga yang telah lanjut usianya dan ada juga yang temasuk dalam golongan warga emas. Subhanallah sungguh bertuah abang kerana mendapat peluang ini di usia yang muda. Setelah selesai, abang meminta aku untuk menulis namanya sebesar mungkin di beg umrahnya dengan alasan tulisan ku lebih cantik dari tulisannya. Huhu alasan yang sama berulang kali =,=
Akhirnya sebelum memasuki balai perlepasan, jemaah diminta untuk berkumpul untuk membacakan doa untuk terakhir kalinya. Annas iaitu sahabat abang yang turut menunaikan umrah membacakan doa dengan penuh penghayatan. Tanpa aku sedari air mata ini mengalir membasahi pipi. Semua ahli keluarga para jemaah yang lain turut mengalirkan air mata tatkala sebak dengan suasana ketika itu. Suasana yang tak dapat digambarkan hanya dapat dirasakan. Ya Allah setelah banyak halangan yang diterima dan ditempuh, pengorbanan yang dilakukan, akhirnya! Kau memberi jalan untuk abangku menjadi tetamu di tanah suci-Mu Ya Allah!
Beransur ansur pergi jemaah haji ke balai perlepasan termasuk abang dan perasaan lega menolak perasaan sedih yang menyelubungi. Sempat juga aku berpesan kepadanya untuk tidak melupakan doa yang aku kirim. Aku melambai lambai kepadanya sehingga kelibatnya tidak lagi kelihatan. Kami pun pulang dengan keadaan badan yang sangat meletihkan almaklumlah sebelum subuh telah bertolak dari rumah.
Alhamdulillah Alhamdulillah dan Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah!
Semoga perjalanan pergi dan pulangnya sentiasa di bawah lindungan-Mu dan permudahkanlah segala urusannya di sana InsyaAllah ;)
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan mu Muhammad Haikal Rafsanjani Al-Quds! ;)))))
Sedikit tatapan mata ;)
Breakfast first ^^ |
Three of us, HEEE ;D |
Haikal dan Annas ;) |
Off he goo T.T |
Insan yang bersyukur . . .
- descargar electronicos tonos: https://tonosgratis.mobi/electronicos para celular gratis 2017
ReplyDelete- descargar tono para llamada: https://tonosgratis.mobi/ celular gratis 2017