Tuesday 27 March 2012

Kabur

Ya Rabb, aku kabur
Aku hilang,
Aku dilema, kosong...

Kenapa perjalanan ini,
Terlalu sukar untukku,
Untuk hati ini,
Tetap pada yang Satu..

Aku keliru,
Antara hati ini,
Tidak menentu,
Aku kabur...

Setiap malam,
Air mata tak henti mengalir,
Mengeluh kepadaMu,
Memohon kepadaMu,
Meruntun kepadaMu,
Agar memberi yang terbaik untukku..
Aku kerdil dimataMu,
Maafkan aku...

Hati ini terus menerus memberontak,
Menolak segala apa yg  mungkin,
Terbaik untukku, agama ku,
Sampai satu saat,
Aku pasrah
Terserah apa mahuMu...

Aku tahu,
Sampai satu saat,
Akan ku panjatkan,
Setinggi tinggi kesyukuran padaMu,
Tapi sampai tiba saat itu,
Kau berikanlah kepastian,
Ketetapan di hati ku...
Sehingga aku dapat bertahan di jalanMu.
Sepenuhnya keranaMu.

Aku insan lemah,
Tidak layak memohon dariMu,
Aku tahu itu..
Aku tahu...

Ya Rabb, aku kabur,
Aku hilang,
Aku dilema, kosong....


*Tade mood dah nak tido cehh =,=*

Friday 23 March 2012

An-Nahl [16:96]



"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."



......................

Tuesday 20 March 2012

Hatiku Diwarnai Kamu ^,^


Dengan basmalah nukilan ini dimulakan,,

Mereka, mereka dan mereka.. Keluarga Onese7en yang disayangi dan dirindui.. Mereka yang sentiasa menceriakan sekolah tak kira peduli orang kiri kanan cakap ape.. Ya, inilah mereka ;D

"Semua orang jangan geraaakk...."

Ohh gerak jugak nampaknye =,=
Jujur, nak kata saya kenal mereka ni dah lama, memang TAK! Tingkatan satu dan dua memang duduk dalam tempurung sendiri, nak kata as-sobiah pun ade jugak SRIAAG-SMIAAG-SMK.. Yes, itulah dia kumpulan kumpulan MAFIA kat sekolah.. Habis semua rekod sekolah kitorang sapu, dari rekod student paling ramai ponteng sekolah, *okay tu tak bangga =,=* rekod yang baik dan segala sesuatu nya.. Nak kata betapa as-sobiahnya kitorang dulu sampai nak sebut nama student kelas sebelah pon pikir sampai berkerut urat dahi usus bagai.. Dan sayaa salah satu yang macam tu =_= Almaklumlah saya bukan peramah sangat pon dulu(?) Sampai lah rombak kelas time form 3 kemain lagi memberontak nak mogok tnjuk perasaan segala,.

Sampai satu masa lepas PMR, ade 3 program sekolah akan berlangsung, Bercuti, MPT5 dan P-Eks '09. Dan yang pertama adalah program bercuti yang bak kate orang "honeymoon" lepas PMR *yeke(?)* yang mana destinasinya . . . . Terengganu! First time ever pegi tempat tu sebenarnya =,= Dekat situuulah saya mulai kenal hati masing masing tanduk belang sorang sorang.. Dari sorang yang suke buat iklan shampoo *ops! sampai iklan keropok lekor pon adee.. Tak masuk lagi orang yang addicted obsessed cerita Nur Kasih *wohooo!* sampai rakan serumah tertinggal tak sedaar.. Habis dikebas surat khabar Cikgu Hani semua buat saya-tak-bersalah punya muka.. Nice! Alkisah alkisah.. Inilah model model iklannya^^ Di sini, kami bertambah rapat..

Nampak tak perbezaan warna di situh? Yes yg warna warni=baik, hitam=LAGI baik ^..^


HITAAAMM sesat satu ^..^
Balik dari Terengganu, MPT5 dan P-Eks (Program Eksplorasi) dah menunggu.. Program yang dipegang batch kami jugak *walaupon P-Eks not oficially under batch kitorg tapi kalu dah memang sume AJK-nya terdiri dari satu batch nak ckp ape lagi kihkihkih^^*, kelam kabut serabut atas bawah kiri kanan, and yeah we managed to handle it welll! Alhamdulillah~ MPT5 dengan kesusahan nya sendiri, P-Eks dengan cubaannya tersendiri.. Di sini, kami bertambah tambah rapat..
  
Bersatu kaki, kita maju! ^^

Naik Form 4, lain pulak cabarannya.. Semua benda dah lain, semua benda kena buat sendiri dan cabaran paling besar adalah WAFDUL AMIN (WAFA) tu sendiri.. Bila diri diamanahkan untuk memimpin wafdul amin kali nie berpinar pinar jugak mata dibuatnya *_* memikirkan tanggungjawab terhadap 109 orang peljar tingkatan 4 masa tu dengan karenah dan kepala masing masing! Sanggup berlari lari antara hospital-rumah-sekolah hanya dengan menggunakan teksi dan LRT sebagai transport semata mata untuk hadir meeting WAFA sampai jatuh sakit dibuatnya =,=. Target nak kumpul bajet RM 47 000 *tak silap lah* time tu nampak macam nun jauh di sanaaaaaa ----> memang tak mungkin! Banyak rintangan dihadapi, caci maki orang, mogok tak puas hati kepala orang, belum lagi dengan program/aktiviti yang dibatalkan atau dibanned pada saat saat terakhir memang menguji kekuatan hati dan isi kandungan kepala otak ni.. Rasa macam nak terjun bangunan pon ade fuhh! Masa ni nak satukan hati orang bukan main susah, nak jelaskan yang tujuan segalanya adalah untuk Allah semata. Sempat bergaduh macam dalam drama telenovela TV tu pon ade jugak haihh =,=.. Tapi secara perlahan mereka memahaminya dengan sendiri dan mula bekerja sebagai satu keluarga dan dapat melaksanakan semuanya dengan berjaya Alhamdulillah.... Sebab tulah saya sayang mereka >_<

KAWAN 2010 <3






WAFA 2010 <3



Dan akhirnyaaaa, WAFA selesai.. Dan di sini, kami menjadi keluarga ;)

Maaf, kualiti gambar tak berapa elok ;)

Akhirnya, 2011 menyapa diri yang masih berusaha mencari kematangan. Permulaan tahun dipenuhi dengan suka suki tak ingat diri nak SPM tahun ini. Tambah lagi latihan untuk TESPER yang katanya sempena sambutan JUBLI PERAK yg ke-25(?) Memang gila gila kaki ke atas kepala ke bawah lah jawabnya berlatih permainan dan perbarisan.. Sampai berjemur tiap petang bawah panas terik muka dah belang belang.. Hamek kau taruk cream tebal satu inchi pon takde kesan =,= Kita berlatih sama sama, share court, balik lambat, conquer dataran semuanya untuk TESPER kali terakhir.. Yes, KALI TERAKHIR.. Di sini, saya bertambah sayang dengan mereka mereka ;)


YEAAHH!

Hihiii Ingat lagi tak?





Tak lupa jugak Onese7en adalah satu gabungan yang mantap bila sampai bab Choral Speaking ni haa.. Masing masing ade buah pikiran sendiri, sampai nak pilih baju untuk pertandingan pon dah 3 jam dibuatnya =,= Pagi petang siang malam kita practice, penat lelah gelak ketawa kita kongsi, sampai berhasil sampai berjaya! dan Alhamdulillah, pertandingan Choral Speaking sempena Minggu Bahasa anjuran International Islamic School (IIS) KAMI JUARA~! BAHAHAHAH! Xcited tahap dewa sampai tersepak kerusi orang depan tak kisah dah LOL! Lagi terharu bila sampai satu batch cikgu bawa pegi IIS tu untuk beri sokongan.. Trimas yauw~! >,<

Practice practice jugaakk , perut layan jugakk~ Kehkehkeh =p






Semua malu malu nak buat gaya.. Ceh!


Alhamdulillah~ Hehehehe

Ustaz Hasni <3 *ops!

 Lepas segala program dan aktiviti yang membuat parents kami membebel *asek balik lambat punya pasal* akhirnya kami dibekukan dari segala aktiviti dan mula tekan minyak untuk peperiksaan SPM yang bakal merampas segala masa cuti kami dengan bengkel kelas tambahannya segala Erkk =,= Tapi sebelum tu, perpisahan MPT5 menjadi program yang sangat mengharukan dan sayu.. Macam macam perasaan, sedih gembira hurrmm... 

Inilah yang dikatakan "Hatiku Diwarnai Kamu" Hahaha macam" kaler ade. Nice!;)

Yes dan selebihnya semua tentang SPM.. Ramai balik lambat buat study group tidur rumah kawan sana sini semata mata untuk belajar.. One of the moment that you can't forget >,< Kelap kelip pejam celik, perkara yang digeruni dan ditakuti semua dah tibaaa.,,, SPM! Minggu demi minggu terasa sangat lama dan merisaukan. Penat lelah semua tolak tepi asal satu buku dah khatam, senang hati! ;B Dan sampai satu saat,, SPM sampai ke penghujungnyaa..Hujan yang turun menghapus semua tekanan dan ke-tidak tentu halaan masing masing *haha betul ke?* Sebelum balik ade makan makan, tapi nilah hasilnya bila sume kamera DSLR dah bawak keluar , , , , ,

Smile ;D




 Fact; Bila pompuan jumpa kamera, nothing's matter anymore LOL! Ttt tttt ttt banat banattt~

Setengah jam kemudian,,,,

Yess, still taking pictures.. HAHAHA!
Explorace 2011 menjadi penutup bagi tahun 2011, penutup bagi segala program sekolah yang pernah kami sertai, penutup bagi 11 tahun kami bersekolah di situ *bagi yg masuk dari sekolah rendah lah yeee* Akhirnya, musim persekolahan TAMATTT~

We're OHSEM! Oh Yeah~
Semuanya Tinggal Kenangan :'(
PROUD TO BE ONESE7EN ;)
Forever Onese7en ;)

Sekarang, result tinggal beberapa jam sahaja lagii untuk sampai di tangan masing masing calon SPM 2011. Segala usaha, tawakal dan doa kita selama ini bakal terjawab di atas sekeping kertas,,, baik atau tidakk semuanya terserah Allah yang menentukann. Apa yang dilakukan sebelum dapat result hendaklah kita istiqamah dalam melakukannya, dan JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA TERHADAP ALLAH dalam segala hal kerana Allah mengetahui yang terbaik untuk kita! Dan jangan pernah lupa SEGALA KEJAYAAN ITU DATANG NYA DARI ALLAH yang Esa.. Tabahkan hati, kuatkan minda! Semuanya cemerlang InsyaAllah! Biarpun tidak cemerlang di mata manusia, tapi cemerlang di mata Allah, InsyaAllah ;)

" Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah diri lah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." Az-Zumar [39:54]


Uhibbukifillah! Semoga ukhwah kita akan sentiasa dipelihara di bawah naungan rahmah dan berkah-Nya InsyaAllah ;)

"Don't Cry Because It's Over,
Smile Because It Happened"

"Life Wouldn't Be The Same Without You,
And All The Memories You Have Gived Me"


All The Best For SPM Candidates 2011!  >,< \m/
Until We Meet Again . . .

Tuesday 6 March 2012

Alhamdulillah T____T



Bismillah,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Setinggi tinggi penghargaan dan kesyukuran aku panjatkan padaMu Ya Allah!

Akhirnya hari yang ditunggu tunggu oleh kami sekeluarga tibaa . .  hari pemergian abang tersayang utk UMRAH! Entah kenapa, ade sedikit terselit kesedihan di hati namun aku gagahkan diri. Aku tidak tidur semalaman kerana bimbang  bangun lewat utk bersiap sedia. Tepat 3.30 pagi aku mengejutkan semua untuk bersiap sedia berangkat ke bandara.

Kali ini mudah saja untuk membangunkan abang untuk bersiap. Aku meminta dia mandi dan segera bersiap segala barang dan perkakasnya. Secara perlahan lahan aku membantu abang mengemaskan barang barang yang tinggal. Sepanjang itu juga abang agak pendiam jika dibandingkan yang sebenarnya. Merasakan sayu mungkin, aku pun terus membantu abang mengemaskan beg pakaiannya.

Lebih kurang jam 4.30 pagi, kami bertolak dari rumah dan aku sempat melelapkan mata sebentar menghilangkan sedikit rasa mengantuk yang sudah mulai merasuk mata dan kepala ku. Setelah satu jam perjalanan kami pun sampai di bandara. Setelah selesai bersarapan dan solat subuh, abang  dan seorang lagi sahabatnya, Annas namanya ;) diminta berkumpul untuk mendengarkan sedikit taklimat berkenaan perjalanan umrahnya. Aku melihat majoriti ahli umrah yang pergi terdiri dari warga yang telah lanjut usianya dan ada juga yang temasuk dalam golongan warga emas. Subhanallah sungguh bertuah abang kerana mendapat peluang ini di usia yang muda. Setelah selesai, abang meminta aku untuk menulis namanya sebesar mungkin di beg umrahnya dengan alasan tulisan ku lebih cantik dari tulisannya. Huhu alasan yang sama berulang kali =,=

Akhirnya sebelum memasuki balai perlepasan, jemaah diminta untuk berkumpul untuk membacakan doa untuk terakhir kalinya. Annas iaitu sahabat abang yang turut menunaikan umrah membacakan doa dengan penuh penghayatan. Tanpa aku sedari air mata ini mengalir membasahi pipi. Semua ahli keluarga para jemaah yang lain turut mengalirkan air mata tatkala sebak dengan suasana ketika itu. Suasana yang tak dapat digambarkan hanya dapat dirasakan. Ya Allah setelah banyak halangan yang diterima dan ditempuh, pengorbanan yang dilakukan, akhirnya! Kau memberi jalan untuk abangku menjadi tetamu di tanah suci-Mu Ya Allah!

Beransur ansur pergi jemaah haji ke balai perlepasan termasuk abang dan perasaan lega menolak perasaan sedih yang menyelubungi. Sempat juga aku berpesan kepadanya untuk tidak melupakan doa yang aku kirim. Aku melambai lambai kepadanya sehingga kelibatnya tidak lagi kelihatan. Kami pun pulang dengan keadaan badan yang sangat meletihkan almaklumlah sebelum subuh telah bertolak dari rumah.

Alhamdulillah Alhamdulillah dan Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah!

Semoga perjalanan pergi dan pulangnya sentiasa di bawah lindungan-Mu dan permudahkanlah segala urusannya di sana InsyaAllah ;)

Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan mu Muhammad Haikal Rafsanjani Al-Quds! ;)))))

Sedikit tatapan mata ;)

Breakfast first ^^

Three of us, HEEE ;D
Haikal dan Annas ;)
Off he goo T.T

Insan yang bersyukur . . .