Monday 10 September 2012

Wahai hati. Kenapa kah?

Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah . . .

Aku sudah cuba untuk bertahan tapi kenapa? Kenapa kebelakangan ini mutiara itu mudah sekali mengalir? Perasaan ini mudah sekali tercalar? Fikiran ini mudah sekali terganggu? Dan hati ini, mudah sekali melemah? 

Ya Allahh, kuatkah aku? Kuatkah aku untuk nanti? Tidak pernah sehari berlalu tanpa aku memikirkannya. Adakah aku yang terlalu memikirkannya? Adakah aku yang terlalu takut? Atau masihkah hati ini belum rela untuk melepaskan semuanya?

Allah telah merancang segala-galanya. Dia sebaik-baik perancang. Aku tahu itu, aku tahu. Hati ini memerlukan waktu. Waktu untuk menerima segalanya. Mudah sekali mutiara ini jatuh dengan harapan segalanya turut terhapus dan memberikan ketenangan. Jatuh selaju lajunya.

Aku tahu, aku tidak seperti yang lain. Yang pergi dengan kerelaan hati. Yang pergi dengan kemahuan sendiri. Aku lemah, lemah selemah lemahnya. Aku tidak pernah berasa sebegini rupa. Sebegini lemahnya(!) Namun untuk mereka yang tersayang, aku harus kuat. Kuat untuk mereka, kuat untuk aku dan kuat untuk Dia. Aku kuatkan diri, aku tabahkan hati, aku tolak tepi segala yang aku rasa. Ya, aku tidak mahu mengecewakan mereka. Tidak sesekali.

Aku dalam perjalanan menuju ikhlas, menuju redha. Ini tidak mudah. Tidak pernah. "Dari keterpaksaan itu, perlahan lahan kita akan menemukan hikmah. Dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana-Nya" Aku yakin dengan itu, aku yakin dengan-Nya. Suatu hari nanti, Insya Allah.

Ya Allah kalau memang ini jalanku, tenangkanlah hati ini Ya Allah, tenangkan ia. Hentikan mutiara yang mudah sekali jatuh ini.

Kerdilnya aku,
Lemahnya aku,
Rendahnya aku,
Siapakah aku,
Kuatkah aku, 
Mampukah aku?
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.

"Dengan redha-Mu aku akan kuat, dan tanpa redha-Mu juga aku akan jatuh dan itu adalah pasti"

" Dear heart, when it's time for me to go,
pleaseee don't make it too painful for me. "

Sincerely,
Me.


" 12 Days To Go "
. . . . . . .
;(