Friday 27 January 2012

First Mission ; Accomplished (Y)

Dengan Bismillah kalam ku dimulakan , , , ,

Alhamdulillah, Syukur dan AKHIRNYA(!) Misi pertama, SUCCESS ;B *oyeah babeyh!*
Hahah misi yg dah berkurun lamanya yg dah terpahat kat pintu bilik dgn pen marker PERMANENT sejak habis SPM yg lalu *eceh mcm lama sangat* yg sampai sekarang gosok tak hilang errgghh! =__=  iaitttuuu . . .  K.E.M.A.S. B.I.L.I.K.! =oo=

Bilik yg dah mcm kapal pecah, sarang gagak, ribut tsunami, gempa bumi (amek kau betapa huru hara bilik tuh -__-)  yg bila org masuk memang rasa nak bagi pelempang ulang alik sampai kemas(!) Errrkk bukan sengaja tapi masa memang sumpah tak mengizinkan.. Lepas SPM, Xplorace then straight to work(?) Well, org berkerjaya lah katekann ngeeee =p Then Alhamdulillah Chinese New Year is my saviour <3 dapat cuti dua hari, sempat lah kemas.. Pergh, first first tgok memang lemah semangat rase nak terduduk then amek vacuum sedut segala barang yang ada..

Huh kuatkan semangat and off we go ^^ Tgh2 kemas tu jumpe la macam2 brg dr surat cinta *ops! ke surat luahan hati, surat kutuk mengutuk *erkk* surat tanya balik lambat ke tak hahaah buat malu je *campak tepi* kertas choral speaking isk isk T_T dan paling bersepah berterabur sekali kertas2 latihan SPM, Daebak! Pelan pelan saya asingkan yg nak simpan dgn yg nak buang... Daaaann ade beberape barang yg memang saya tak sanggup langsung nak buang.. Saya simpan, satu satunya kenangan yang tinggal tentang 'saat' tuuu.. Tapiii sampai bila nak simpan? Yes, dengan hati yg beratt, terpaksa lepaskan jugak.. Time baca rase nak nangis pon adee tapi benda lepas, biarlah lepasss "Let By Gone Be By Gone" Tapi akhirnyaaaa . . . . saya simpan jugak! HAHAHAH PSYCHO o.0 Subhanallah, betapa cepatnya masa berlalu rasa macam baru semalam "utus meng-utus". surat nie haa... kiangkiangkiang ^..^

Benda yg sama berulang selama plus minus 6 jam . . . KOT(?) Stop solat then sambung balik hahaha saya memang buat kerja lambat macam tak kenal ^-^ Finally, selepas berjam jam bertapa dan bernostalgia dalam bilik tuh selesai jugak kerja2 penapisan bahan bahan buangan dan produk bilik saya Pftt -,- Dann iniiiiiii adalah hasilnyaaaa TADAAAAHH~

*Menara Kertas(?) Itulah tanda budak rajin ^_^ *       




Ini kalau hantar Recycle Centre kira kira berapa ntah dapat(?) Heheeee tak kisaaaah asal duit masyyiioook Brrr~ ;B Finally bila tgok bilik sekarang dapatlah tersenyum sikit ^o^ berbanding sebelum ni.. Fuuh! Mission pertama selesai, Mission kedua menyusull.. Adeeehh tu satu hal lagii =_______=

Akhir kalam,

Wassalam 

Friday 20 January 2012

Tak Paham =__=

Basmalah . . .

Tak paham. Saya betul betul tak paham. Manusia yg sentiasa nak kena suap, kena ajar satu satu dari A sampai Z, kena duduk berguru Face-To-Face sampai jarak tinggal seinci segala bagainya... Apa guna otak akal fikiran kalau tak guna(?)

Fine kalau nak belajar sikit sikit, tp yg seterusnya? Yes, kaji tadabur dan fahamilah segala galanya sendiri! Bukan nak kedekut ilmu taik idong masin tapi bukan semua benda boleh diajar dgn kata kata atau perilaku . . . Paham? Tanggungjawab, belas kasihan, kasih sayang dan sifat memahami bukanlah sesuatu yang dapat dipelajari daripada buku buku tebal sejengkal harga melambung tinggi atau sekadar cover yang cantik attractive (?) *padahal sendiri bukan main pilih cover =p* Pandai pandailah didik hati tu. Hati sendiri, sendiri paham.

Cubalah fahami keadaan org tanpa org tu memekik melolong depan muka kau supaya kau cuba paham keadaan dia. Pandanglah mggunakan mata, berfikirlah mggunakan akal dan fahamilah dgn mata hati sbb kadang2 mata hati kita lebih celik dari mata. Get it? Apa guna akal kalau kita tak bijak nak guna?

Di dalam Quran telah dinyatakan ;
" Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya . Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. (Az-Zumar [39:18]) "

Bkn nak emo atau ape, saya kesian tgok org yg mjadi mangsa manusia manusia yg tak PANDAI guna akal nieh. Nak paham benda yg depan mata je, yg dalam dalam malas nak amek tahu...

"In The Nutshell" bak kate org putih, cubaaaaaaaaalah paham keadaan seseorang. Tak dapat tolong, MEMAHAMI dan MENGAMBIL BERAT pon dah sangat memadai! Trust Me ;)

Aasif jika ade tersalah kata.

Insan yang masih tak paham , , ,
Wassalam.

Thursday 19 January 2012

Happy New Year (?)

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu , , ,

(ohhhooohooiii! boom kedebum bombomchak *ops!)

Happy New Year, Selamat Tahun Baru, Xīnnián kuàilè, Masaya Bagong Taon, Buon Anno, Shiawase Atarashī Toshi dan kaum kerabatnya sekalian . . . (Salah harap maaf. Khidmat Google Translator digunakan di sini ^^)


Semoga kenangan lalu sentiasa segar di minda dan memberi semangat utk terus maju ke hadapan!

Sentiasa kuat dan tabah menghadapi ujianNya dan jgn pernah jemu berjuang fisabilillah . . . Jika org mempersoalkan mengapa dakwah itu pahit? Balaslah kerana syurga itu manis ;)

Tak tau nak cakap ape, Selamat Berjuang menghadapi hidup!

Lambat? Saya memang lambat. Pfftt =__= Sayonara~

Ilalliqaa, Ma'a Assalaamah . . .

Entah Kenapa . . .

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hati. Sesuatu benda yang susah nak diramal, difahami dan teramat sangatlah susah untuk dijaga. Kenapa? Menjaga sebuah hati itu lebih payah dan lebih perit dari menjaga sebuah telur di hujung tanduk yang hanya menunggu masa untuk jatuh dan pecah... Kenapa? Disebabkan hati seluruh hidup kita berubah dan terganggu.. Saya.. salah satunya...

Saya tak tau
Sekarang nie saya malas nak phm hati org,
Hati saya,
Rasa nak biar je apa jadi pon,
Asal saya gembira.

Lantak org lain,
Sampai kadang2 saya rasa mcm dah takde perasaan,
Orang ckp itu ini,
Kosong takda reaksi,
Saya dah letih,
Menjaga hati yang selama ni memendam,
Saya sorg je yang jaga,
Yang lain terus menerus menjatuhkan.

Kenapa saya yg merasakan,
Orang lain tidak,
Sekurang2nya mereka faham,
Kenapa saya jadi mcm ni.

Org selalu ckp 'Allah takkan uji kita dgn sesuatu yg kita tak mampu'. Saya TERDIAM. Jujur saya ckp, saya tak mampu Ya Allah! Astaghfirullah.. Betapa beratnya ujian ini sampaikan hampir setiap hari mutiara  ini jatuh ke pipi dengan derasnya. Sesuatu yg bagi org lain mengembirakan dan menerujakan, tapi bagi saya sangat menyakitkan! Sangat sangat menyakitkan! Sesuatu yg bg seseorang menjadi sebuah harapan, tp bagi saya sesuatu yg harus saya lupakan. Sampai bila harus saya bertahan, atau mgkinkah ini sesuatu yg harus aku lalui utk mendapat Jannah Mu Ya Allah?



Jika benar, KUATkanlah hati ini . . .

" (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seseorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya  kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Imran [3:153])"

Akhir kalam . . .

*post yg dah lama tertangguh, baru skrg rasa nk post. Itulah yg dikatakan BUSHAN*