Tuesday 14 February 2012

Sedikit Nasihat



"Don't Argue About The Past If You Don't Want To Suffer"



Lepaskanlah yang lepas,
Tiada makna kepergiannya diratapi,

Lupakan saja yang pahit,
Kerana yang manis lebih berbaloi utk dikenang,

Relakan ia pergi,
Tiada apa yang boleh dibuat untuk mengembalikannya,

Simpan mutiara tangis itu,
Tiada apa yang akan berubah,

Jangan bertanya kenapa itu, kenapa ini,
Yang pasti ia sudah terjadi, 

Peganglah pada kenangan yang baik,
Mungkin tak akan berulang kembali,

Andai yang perit datang menghantui,
Pastikan itu untuk terakhir kali,

Berusahalah sekuat upaya,
Asal yang indah itu kekal selamanya,

Senyumlah kepada perkara lalu,
Jangan kau nangis kerana ia telah berlalu.


Sesungguhnya segala sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya! Sedikit nasihat utk diri yang sentiasa terikat dan mengharap pada sesuatu yang telah berlalu , , , Renung renungkanlah~

Yang sejujurnya,
Xephora Azzahra

5 comments:

  1. salam... xe sekarang dah pandai bermadah. bahasa yang puitis... insya-ALLAH, jadi penulis terkenal satu hari nanti ni... ameen.. semoga terus dalam bidang penulisan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. oh ya lupa, terima kasih untuk nasihatnya... betul tu, jangan ingat benda2 yang lalu (yg sedih) kalau tak, merana tak sudah... =')

    ReplyDelete
  4. hahhah blueekkk nie la yg dikatakan dah lama membusuk di hati.. btw, trimas atas ziarahnya ;) yg penulis tu mgkin tak kot... kehkhekheh

    ReplyDelete
  5. - thong tin gia xe fortuner 2017 nhap khau chinh hang tai my dinh
    - tin tuc gia xe tai hd700 dong vang nhap khau chinh hang tai ha noi
    - gioi thieu gia xe new outlander 2017 nhap khau chinh hang phien ban hoan toan moi

    ReplyDelete